ANUGERAH MPFKL EDISI 2024
ANUGERAH MPFKL EDISI 2024
FILEM 2022/23 YANG WAJAR DIBERIKAN PERHATIAN
Atas sebab transisi pasca-COVID-19 dan hambatan kerja hakiki, pihak Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur tidak dapat berhimpun untuk membincangkan pilihan pencalonan anugerah bagi filem yang ditayangkan pada tahun 2022 dan 2023. Namun begitu, kami sempat menimbangkan beberapa filem yang dianggap wajar untuk diberikan perhatian dan boleh dirujuk sebagai filem-filem yang sekurang-kurangnya diingati dan disenangi.
Filem-filem ini memberikan citra manusianya yang tersendiri, menampilkan penceritaan dan pemaparan budaya yang signifikan, dan karya yang mempunyai kewibawaannya yang unik untuk dibicarakan, juga ditatapi dan dinikmati sebagai sebuah filem. Walaupun mungkin tahun 2022 tidak banyak membuahkan filem-filem yang cemerlang, tahun 2023 menampilkan kekuatan beberapa barisan filem, yang seeloknya diteliti.
Senarai filem yang dinyatakan adalah seperti yang berikut:
Spilt Gravy on Rice/Ke Mana Tumpahnya Kuah (2022)
Tiga Janda Melawan Dunia (2022)
Poochandi (2022)
Imaginur (2023)
Abang Adik (2023)
La Luna (2023)
Rahsia (2023)
Tiger Stripes (2023)
Hungry Ghost Diner (2023)
Gemenceh Boys (2023)
Sekian.
Ahli-ahli Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
22 Februari 2025