AHLI MAJLIS
AHLI MAJLIS
Fadli al-Akiti
Fadli ialah pengkritik filem yang mengendalikan blog TontonFilem. Tulisan beliau pernah tersiar dalam Dewan Budaya dan Dewan Masyarakat, serta diterbitkan dalam buku Nota Filem (2013) dan Tontonfilem (2013). Beliau juga editor buku Layar Kata (DBP, 2022) dan kini mengetuai Dewan Sastera.
Daniyal Kadir
Bekas wartawan Sinar Harian, Daniyal terkenal dengan buku Membedah P. Ramlee (2015). Tulisan analisis filemnya turut diterbitkan dalam pelbagai jurnal dan majalah.
Thaaqhib Mohammed
Penulis dan penerbit program TV yang pernah menyumbang ulasan dalam Lemonoslogos dan Wayang.my. Kini, beliau aktif di thaaqhibmohammed.wordpress.com, mengkhusus dalam filem tempatan dan antarabangsa, termasuk dokumentari.
Za'im Yusoff
Blogger di zaimterbang, Za’im juga aktif sebagai penyair dan penulis esei kritikan filem.
Aidil Rusli
Blogger filem di CinemaKita dan bekas pengkritik The Star serta The Malay Mail Online. Kini, beliau bertugas sebagai penerbit video di The New Straits Times Press.
Zan Azlee
Wartawan, penulis, dan pembikin dokumentari yang mengendalikan Fat Bidin Sdn Bhd. Beliau banyak menghasilkan dokumentari berkaitan politik, agama, dan konflik global, serta menyumbang laporan kepada media antarabangsa seperti CNN, TRT World, dan Malaysiakini.
Sheril A. Bustaman
Penerbit dokumentari yang menumpukan isu konflik, jantina, dan migrasi. Beliau merupakan rakan kongsi di Fat Bidin Sdn Bhd dan telah mengarahkan segmen Malaysia untuk acara HER: Women in Asia oleh Deutsche-Welle (DW).
Mamu Vies
Penulis skrip drama TV & filem, pengulas filem dengan gaya kritikan tajam dalam mengendalikan blog MamuVies.
Ahmad Blitzenius Nazri
Seorang wartawan dan editor berpengalaman dalam industri hiburan, Ahmad mengendalikan blog kritikan filem dan menguruskan Movie Addict di Facebook. Beliau kini menulis untuk majalah Backstage.
Muhammad Yusof
Pengendali blog review-filem, Yusof terkenal dengan ulasan filem yang kritis dan teliti, dengan karyanya tersiar dalam Nota Filem (2013) serta beberapa penerbitan lain.
Saiful Kifler
Blogger tersohor yang menguruskan PerangFilem serta kumpulan Facebook Perang Filem, aktif dalam analisis filem tanah air.
Sayidah Mu'izzah
Penulis ulasan filem dan teater dengan sumbangan dalam Dewan Budaya, Tunas Cipta, dan Svara. Esei beliau turut diterbitkan dalam Festival Filem Bandung serta buku Esei Filem (Vol. 1).
Mat Don
Pengulas filem di YouTube (Mat Don), aktif menulis dan berbincang isu perfileman di media sosial serta menerbitkan podcast Sembang Sinemat.
Akmal Hamzah
Pengasas Hadam Project, sebuah platform ulasan filem yang bermula di YouTube dan kini berkembang ke laman web hadamproject.com, menawarkan analisis mendalam mengenai filem dan siri TV.
Hans Hanis
Penulis bebas dan pencipta kandungan yang sebelum ini aktif menulis ulasan filem di blog Rollo de Pelicula. Kini, beliau lebih menumpukan pada ulasan filem dalam format video di TikTok (@hanshanis), berkongsi perspektif kritis dan analisis santai kepada pengikutnya.
Hatta Midy
Novelis dan pengulas filem yang menulis di blog Rebui Kontot, kolumnis untuk The Vocket, serta pengulas aktif di Movie Addict Malaysia.
Dr Hani Salwah Yaakup
Penyelidik di Insitut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) & Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Bidang kepakaran termasuklah filem, penyiaran dan budaya popular. Selain itu menulis dalam bidang filem dan budaya di media massa termasuk Dewan Sastera, Tunas Cipta & pelbagai lagi.